Zahid bidas kenyataan dakwa PH kerjasama BN selepas PRU15

Zahid Hamidi (kanan) menjawab soalan pemberita dalam sidang media di kediamannya di Rungkup, hari ini.
Zahid Hamidi (kanan) menjawab soalan pemberita dalam sidang media di kediamannya di Rungkup, hari ini.
A
A
A

BAGAN DATUK - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas satu kenyataan mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Jelasnya, spekulasi yang ditimbulkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad kerana khuatir partinya mengalami kekalahan teruk pada PRU15.

"(Tun) Dr Mahathir ini sering rasakan dirinya semuanya benar. Spekulasinya, kononnya benar

"Beliau melakukan telahan sedemikian kerana beliau khuatir partinya itu mengalami kekalahan yang teruk. Ini terbukti apabila partinya meletakkan calon-calon di semua kerusi PRN Johor dan semuanya kalah dan hilang deposit.

"Jadi beliau tak boleh anggap bahawa kepopularitian masih berada di tahap ketika memerintah Malaysia selama 22 tahun dan lihat selama 22 bulan apabila jadi perdana menteri buat kali kedua. Beliau jelas ditolak oleh partinya sendiri dan ditolak oleh parti-parti gabungan.

"Tentunya beliau tidak boleh mengharapkan tentang jenama yang mahu dijual apabila parti baru dan gabungan barunya itu ditubuhkan. Rakyat mengetahui penolakan terhadap Dr Mahathir bukan hanya berlaku di Langkawi tapi seluruh negara" katanya kepada pemberita di kediaman Sungai Nipah Darat, di sini pada Isnin.

Penyandang Parlimen Bagan Datuk selama enam penggal itu juga diminta mengulas adakah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob calon tunggal Perdana Menteri dari BN selepas PRU15 berakhir.

"Saya bukan perdana menteri buat masa ini. Saya Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Selama yang telah berjalan kita telah berperdanamenterikan Naib Presiden UMNO.

Artikel Berkaitan:

"Tak ada soal itu. Kita lihat poster dan billboard beliau ada di mana-mana di Bagan Datuk, yang penting buat BN kita harus melepasi jambatan sokongan dan cukup jumlah kerusi membentuk kerajaan. Itu kita bagi keutamaan.

"Perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana proses untuk memilih bukan hanya di tangan mana-mana parti politik yang mempunyai gabungan parti-parti yang pelbagai di dalamnya tetapi juga kita harus menghormati kuasa mutlak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," ujarnya.