Anak muda miliki kematangan politik: Mohd Ramalan

Mohd Ramalan ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk Mampukah PRU15 Ubah Malaysia? yang yang dihoskan Sam Ghani pada Khamis.
Mohd Ramalan ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk Mampukah PRU15 Ubah Malaysia? yang yang dihoskan Sam Ghani pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Anak muda di dalam negara diyakini sudah mempunyai kematangan yang mencukupi untuk membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan tidak hanya bergantung kepada kecenderungan ibu bapa masing-masing.

Pengerusi World Islamic Chamber of Commerce, Datuk Dr Mohd Ramalan Yunus berkata, kumpulan itu dilihat sememangnya memiliki pendedahan meluas dalam pergaulan dan akses untuk mendapatkan maklumat.

“Mereka semua ini ada kawan dan cara mereka berkawan ini berbeza dengan zaman generasi saya. Kalau zaman saya, kita kena pergi jumpa kawan. Tapi zaman sekarang ini hanya melalui perhubungan dalam talian sahaja mereka dah boleh pergi berkawan satu dunia.

“Jadi perkembangan ini pastinya akan mempengaruhi pemikiran mereka dan bagi bagi golongan ini sebenarnya sudah matang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk Mampukah PRU15 Ubah Malaysia? yang yang dihoskan Sam Ghani pada Khamis.

Mohd Ramlan berkata, perlu difahami juga bahawa anak muda tidak mempunyai sebarang kecenderungan kepada politik kepartian.

Katanya, ini kerana kumpulan berkenaan dilihat lebih bebas pemikirannya dalam politik dan tidak begitu dipengaruhi oleh mana-mana ideologi kepartian.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah penting untuk setiap parti politik yang bertanding untuk memahami kehendak generasi berkenaan dalam tawaran yang diberikan pada PRU kali ini.

Artikel Berkaitan:

“PRU15 ini adalah permulaan. Nanti akan datang PRU seterusnya golongan ini akan makin bertambah sebab sekarang pun pengundi di bawah 40 pun adalah majoriti,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohd Ramalan berkata, parti politik di dalam negara juga perlu meningkatkan usaha bagi memberikan pendidikan politik kepada masyarakat supaya menjadi lebih rasional dan tidak bersandarkan hanya kepada sentimen ketika membuat pilihan dalam PRU.