320 calon layak bertanding di Perak

Mohd Nazri
Mohd Nazri
A
A
A

IPOH - Seramai 320 individu yang mengemukakan borang pencalonan pada hari penamaan calon, pada Sabtu layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Perak.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd Nazri Ismail berkata, 100 calon layak bertanding di 24 kerusi Parlimen di negeri ini.

Menurutnya, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, seramai 220 calon layak bertanding bagi kerusi itu pada PRU15 kali.

"Kerusi Parlimen Sungai Siput paling ramai calon bertanding iaitu sebanyak tujuh penjuru bagi peringkat Parlimen manakala DUN Chenderiang juga melibatkan tujuh calon.

Tiada borang pencalonan yang ditolak dan setiap kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini tidak kurang dari tiga calon bertanding," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada hari penamaan calon hari ini, Parlimen Sungai Siput menyaksikan pertembungan tujuh penjuru membabitkan penyandangnya, S Kesavan dari Pakatan Harapan (PH) akan menentang calon BN yang juga Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, Datuk Seri G Irudianathan, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar, 49 (Pejuang).

Tiga calon Bebas yang turut mencuba nasib ialah, suri rumah, R Indrani, 50; bekas Ketua Penerangan PN Sungai Siput, Baharudin Kamarudin, 63 dan ahli perniagaan, N Rajah, 57.

Bagi kerusi DUN Chenderiang pula, mempertemukan Mhod Yunus Mhd Yusop dari PN, Choong Shin Heng (BN), Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Warisan), Mohd Amin Man (Pejuang) dan Atyrah Hanim Razali (PH).

Artikel Berkaitan:

Dua lagi calon, Azrul Azmi Yaziz dan Teratai Bah Arom masing-masing bertanding atas tiket bebas.