Pita disiasat Suruhanjaya Pilihan Raya

Pita Limjaroenrat (tengah) bergambar dengan pemimpin parti gabungan di Bangkok. - AFP
Pita Limjaroenrat (tengah) bergambar dengan pemimpin parti gabungan di Bangkok. - AFP
A
A
A

BANGKOK - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) untuk menyiasat pemimpin Move Forward Party (MFP), Pita Limjaroenrat sama ada beliau melanggar Undang-Undang Organik mengenai pemilihan Ahli Parlimen mungkin boleh menyebabkan ramai Senator mengundi untuk menentangnya untuk menjadi perdana menteri seterusnya, lapor Bangkok Post.

Pada Jumaat EC memutuskan untuk menyiasat sama ada Pita telah memohon sebagai calon Ahli Parlimen walaupun beliau mungkin tidak layak bertanding kerusi Dewan.

Suruhanjaya itu dikatakan berbuat demikian pada hari sama ia memutuskan untuk tidak menerima aduan berhubung dakwaan Pita memiliki pegangan saham iTV.

"Keputusan EC untuk meneruskan kes jenayah terhadap Pita walaupun ia mungkin tidak dimuktamadkan pada masanya (proses pemilihan perdana menteri) sudah menjadi penyebab untuk Senator tidak mengundi pemimpin MFP itu," kata bekas pesuruhjaya EC, Somchai Srisutthiyakorn.

Lebih teruk lagi, katanya kes pegangan saham Pita masih boleh difailkan di Mahkamah Perlembagaan jika 50 Ahli Parlimen atau 25 Senator menandatangani petisyen mahkamah terhadap tawarannya untuk menjadi perdana menteri.

'Senjata lebih berat sedang dihantar ke zon perang', merujuk kepada siasatan EC sama ada Pita telah melanggar Seksyen 42 (3) dan Seksyen 151 Undang-Undang Organik mengenai pemilihan Ahli Parlimen.

Sementara itu, timbalan pemimpin Pheu Thai, Sutin Klugsang mengulangi pendapat Somchai bahawa beberapa Senator akan menggunakan siasatan itu sebagai alasan tidak mengundi Pita menjadi perdana menteri.

"Senator itu akan menyebut ketidaktentuan mengenai masa depan Pita sebagai perdana menteri dan seterusnya sebagai alasan kukuh untuk tidak menyokongnya. - Agensi.