Rakyat makin terbeban dengan kos sara hidup

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus itu akan menyebabkan tekanan inflasi semakin tinggi kepada rakyat di negara ini.

Pakar ekonomi, Manokaran Mottain berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat sengsara dan menjadi semakin terbeban dengan peningkatan harga barang, kos sara hidup dan komitmen ansuran yang lain.

Ujar beliau, negara juga tidak dapat mengekalkan kadar mata wang ringgit seperti sebelum ini kerana kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan kadar penamat (terminal rate) semakin bertambah.

“Jadi itu akan memberi tekanan kepada nilai ringgit tempatan. Untuk pulihkan balik keadaan sekarang dan menarik semula pelabur-pelabur ke Malaysia, langkah mengatasi perkara tersebut perlu dilakukan selepas pilihan raya ini.