PRU15: BN Johor yakin raih 16 kerusi

Hasni ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon BN bagi PRU15 di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
Hasni ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon BN bagi PRU15 di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - BN Johor yakin tidak berdepan masalah untuk memenangi 16 kerusi daripada 20 kerusi yang disasarkan parti itu bagi negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Johor Datuk ir Hasni Mohammad berkata, keyakinan itu disuarakan berbekalkan semangat kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

"BN telah menetapkan untuk Johor menyumbangkan 20 kerusi dan saya sebagai pengarah, bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pengarah operasi, kita akan menyusun langkah-langkah pendekatan serta strategi yang sewajarnya dan berusaha ke arah sasaran yang telah ditetapkan pucuk pimpinan parti.

"Cuma 'it's not impossible to achieve it...targeted seat but then again we really have to work hard we will not leave any stone'..tidak ada satu perkara yang dianggap remeh kerana kita tahu ada juga calon-calon di Johor ini selain yang bersaing dengan BN.

"Tetapi berbekalkan semangat kemenangan di PRN lalu, saya dapat melihat wakil-wakil rakyat yang terpilih memiliki semangat dan keyakinan yang tinggi untuk sama-sama berkempen untuk menyumbang pada pilihan raya kali ini," katanya pada Khamis.

Sebelum itu, Hasni bersama Onn Hafiz menyempurnakan Majlis Pengenalan Calon BN bagi PRU 15 di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Pada majlis berkenaan seramai 26 calon yang diumumkan bertanding di 26 kerusi Parlimen pada PRU15 turut menerima watikah pencalonan.

Sementara itu, ketika berucap Hasni berkata, biarpun ada ketegangan yang berlaku di beberapa bahagian susulan ada calon yang tidak dipilih pada PRU kali ini,

Artikel Berkaitan:

namun perkara berkenaan dilihat tidak akan berlarutan.

"Kita tahu, ada ketegangan sikit di bahagian-bahagian, bila kita umumkan calon.

"Berilah sehari dua untuk 'dia' rasa terkilan...it's normal...tapi bagi saya, yang 'tertutup' rapat itu akan 'terbuka' semula...akan beroperasi semula dan malah, mungkin lebih baik," ujarnya.