50,000 karton rokok seludup dirampas

Abdul Latif (kanan) bersama kotak rokok dirampas pada sidang media di Kompleks KDN Anak Bukit hari ini.
Abdul Latif (kanan) bersama kotak rokok dirampas pada sidang media di Kompleks KDN Anak Bukit hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kedah merampas 50,000 karton rokok seludup tidak bercukai bernilai RM7.7 juta di dalam dua treler di Lebuhraya di Utara-Selatan berhampiran sempadan Johor-Melaka, di sini, semalam.

Komander Aksem Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, anggotanya menahan dua kenderaan berat itu yang dalam perjalanan dari Johor ke utara kira-kira jam 1 pagi selepas melakukan risikan beberapa hari lalu.

Bagaimanapun katanya, dua pemandu terbabit melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan mereka dalam keadaan enjin masih dihidupkan.

"Siasatan awal mendapati rokok berkenaan dipercayai diseludup dari luar negara oleh sindiket terbabit, bagaimanapun negara terbabit belum dikenal pasti.

Abdul Latif (kiri) menunjukkan rokok dirampas pada sidang media di Kompleks KDN Anak Bukit.
Abdul Latif (kiri) menunjukkan rokok dirampas pada sidang media di Kompleks KDN Anak Bukit.

"Bagaimanapun, kami percaya rokok berkenaan untuk pasaran tempatan seperti Lembah Klang dan Pulau Pinang," katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Anak Bukit, di sini, hari ini.

Beliau berkata, rokok jenama berkenaan kemungkinan diseludup memandangkan mendapat permintaan tinggi berikutan harga lebih rendah berbanding jenama lain.

"Nilai rampasan rokok termasuk cukai lebih RM7.7 juta dan dua kenderaan bernilai RM450,0000 turut disita menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM8.1 juta.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan larangan kastam," katanya.