Warisan mahu ubah landskap politik negara

Mohd Shafie (empat dari kiri) bergandingan tangan bersama Marcos (lima dari kiri) sebagai calon kerusi Parlimen Ranau, sempena pelancaran jentera Warisan Bahagian Ranau, di Dewan Pertubuhan Chon Chun Kung, Ranau pada Sabtu.
Mohd Shafie (empat dari kiri) bergandingan tangan bersama Marcos (lima dari kiri) sebagai calon kerusi Parlimen Ranau, sempena pelancaran jentera Warisan Bahagian Ranau, di Dewan Pertubuhan Chon Chun Kung, Ranau pada Sabtu.
A
A
A

RANAU - Tindakan Parti Warisan (Warisan) melebarkan sayap dan seterusnya bertanding di kerusi Parlimen di Semenanjung adalah untuk mengubah landskap politik negara.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa beliau akan tetap meletakkan calon bagi kerusi di Semenanjung walaupun mendapat pelbagai persoalan.

"Saya akan ke Kuala Lumpur 1 November dan saya akan letak calon di Kuala Lumpur (Semenanjung). Kenapa Shafie letak calon di Kuala Lumpur, susah-susah lagi dia.

"Sebab jumlah kita tidak cukup. Sudahlah di Sabah ini hanya 25 kerusi, mereka di Semenanjung 168 kerusi, di Sarawak 31 kerusi. Bergabung kita dua di Sabah, Sarawak baru 56 kerusi, bagaimana kita ubah kerajaan Malaysia," katanya ketika berucap sempena pelancaran jentera Warisan Bahagian Ranau di Dewan Pertubuhan Chon Chun Kung di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna menafikan bahawa parti beliau adalah parti pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

"Maximus (Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) kalau tidak mahu kerjasama dengan saya tidak apa. Tapi janganlah hina kami dari Warisan, kami adalah rakyat Sabah, kita orang Sabah bah ini.

"Satu sekolah dengan kau, apa kau mahu hina pada saya, mahu caci Warisan ini PATI," katanya.

Sebelum itu, Mohd Shafie dalam ucapannya turut mengumumkan calon kesembilan bagi mewakili partinya iaitu seorang pesara kerajaan, Markos Siton, 67, sebagai calon bagi Parlimen Ranau.

Artikel Berkaitan:

Marcos yang juga Ketua Bahagian Warisan Ranau merupakan bekas Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan beliau bersara pada 2015.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!