Mangsa banjir di Melaka terus meningkat pagi ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MELAKA - Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 250 orang membabitkan 66 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 179 orang daripada 53 keluarga, 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan, seramai 193 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah manakala 57 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Melaka Tengah.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Pengkalan, Taman Sri Bayu 2, Kampung Panchor dan Kampung Beringin manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis. - Bernama

Artikel Berkaitan: