Muka baharu dan lama di Parlimen Padang Rengas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PADANG RENGAS – UMNO Bahagian Padang Rengas mencalonkan sembilan orang pemimpin untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut sumber dipercayai antara calon-calon yang disebut-sebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainun Mat Noor; Ketua Penerangan Bahagian Dr Jurij Jalaludin; Ketua Pemuda bahagian Datuk Mohd Ariff Abd Majid; Ketua Wanita bahagian Datin Sabariah Alang Wahab dan beberapa kepimpinan yang lain.

Jurij berkata, semua pencalonan telah dikemukakan kepada UMNO Pusat untuk dimuktamadkan pemilihan calon yang akan bertanding nanti.

“Saya pun sama ada bertanding atau tidak pada PRU15 ini terletak kepada keputusan daripada kepimpinan pusat.

“Jika saya dipilih sebagai calon saya akan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat dan jika tidak dipilih saya akan sokong mereka yang dipilih untuk bertanding,” katanya ketika ditemui di Lubuk Merbau hari ini.

Jurij merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau pada PRU14.

Sementara itu, Zainun yang juga penyandang kerusi DUN Chenderoh pada PRU14 ketika dihubungi berkata, beliau menyerahkan sama ada dicalonkan semua atau tidak kepada parti.

“Jika dipilih, saya akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang masih memerlukan pembangunan yang sewajarnya di kawasan Chenderoh,” katanya yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh.

Artikel Berkaitan: