Wilayah Narathiwat perketat kawalan lorong tikus

Fatimah (berdiri, dua dari kiri) bersama kanak- kanak yang menyertai Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.
Fatimah (berdiri, dua dari kiri) bersama kanak- kanak yang menyertai Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.
A
A
A

TANAH MERAH - Penguatkuasaan di lorong-lorong tikus di Wilayah Narathiwat diperketatkan bagi mengelakkan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan.

Timbalan Gabenor wilayah itu, Fatimah Sabeeyamu tidak menafikan banyak lorong tikus digunakan penjenayah terutama di daerah Waeng dan Sungai Golok.

Beliau berkata, pasukan keselamatan di wilayah itu bekerja keras mematahkan penjenayah rentas sempadan.

"Kita sentiasa agresif melakukan tangkapan terhadap penjenayah walaupun di kawasan pedalaman dalam usaha membanteras jenayah antara Thailand dan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.

Tambah beliau, semua agensi bekerjasama bagi tujuan itu termasuk pasukan keselamatan di negara ini.

Selain itu, Fatimah memaklumkan bersedia memastikan aktiviti perniagaan antara daerah Narathiwat dan Malaysia dapat diperluaskan.

Fatimah menyembur kanak-kanak- kanak yang menyertai Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.
Fatimah menyembur kanak-kanak- kanak yang menyertai Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memuji usaha kerajaan Malaysia yang menambah baik kemudahan di sempadan sehingga peniaga di kedua-dua negara kini semakin maju.

"Kita berharap penduduk di kedua-dua negara dapat meneruskan tradisi berniaga yang sudah sekian lama dengan lebih selesa," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Datuk Adhan Kechik memberitahu, seramai 57 kanak-kanak termasuk 26 dari Thailand menyertai program berkhatan itu.

"Sebelum ini sudah kali ketiga program berkhatan dilaksanakan tetapi dua daripadanya di daerah Waeng, Narathiwat," katanya.

Menurut beliau, kesemua kanak-kanak itu diraikan pada majlis ringkas sebelum dimandikan dengan semburan air Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanah Merah.