Cabaran istimewa dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza

A
A
A

No Image Caption

Pastinya anda terkejut bila tiba-tiba penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul depan pintu rumah bersama Pasukan Servis CUCKOO+ untuk servis produk CUCKOO anda bukan?

Mana ada seorang selebriti tersohor negara yang sanggup turun padang untuk menilai sendiri kepuasan pelanggan.

Namun, itulah komitmen yang ditunjukkan oleh CUCKOO dan dutanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada para pelanggan mereka di mana tiada kompromi dalam bab kepuasan.

Dalam perjalanan menuju ke rumah pelanggan, penyanyi terkenal itu turut cuba memahami selok belok, cabaran dan keseronokan tugas sebagai seorang Pasukan Servis CUCKOO+.

No Image Caption

Pelbagai soalan diajukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada Fadhilah (Ahli Pasukan Servis CUCKOO+) berkaitan tugasan hariannya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pembualan tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza dapati bahawa servis adalah amat penting dan kepuasan pelanggan adalah teras keutamaan CUCKOO memandangkan sehingga kini mereka sudah memberikan servis kepada lebih 1.5 juta rakyat Malaysia dan lebih lima juta kediaman Malaysia.

Dengan pangkalan data yang memuncak itu, CUCKOO semestinya mahu memastikan setiap pelanggan mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada mereka.

Kalau anda nak nak tahu lebih lanjut, Tonton video di bawah:

Bila pelanggan memberikan maklum balas 'Ya, kami amat berpuas hati dengan servis CUCKOO', maka ia juga memberikan suatu makna yang besar kepada CUCKOO.

Itulah salah satu sebab CUCKOO menjalankan tinjauan dengan syarikat penyelidikan pasaran IPSOS untuk memahami dan meningkatkan kualiti Pasukan Service CUCKOO+ pada tahun ini untuk menilai kepuasan pelanggannya terhadap servis mereka.

No Image Caption

Hasil dapatan tinjauan menunjukkan 97 peratus pelanggan menyatakan mereka amat berpuas hati dengan servis yang telah diberikan oleh Pasukan Servis CUCKOO+.

Ini bermakna CUCKOO telah berjaya memenuhi segala kehendak dan keinginan para pelanggan mereka dalam aspek memberikan perkhidmatan terbaik secara keseluruhannya.

Dapatan itu menjelaskan bahawa Pasukan Servis CUCKOO+ sentiasa memberi komitmen penuh dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan para pelanggan terus dapat menikmati servis air dan udara bersih pada tahap terbaik.

Oleh itu, CUCKOO ingin ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. TERIMA KASIH! PENCAPAIAN KAMI, KERANA ANDA.

No Image Caption

Pasukan Servis CUCKOO+ memahami betapa pentingnya menyediakan air dan udara yang bersih dan tercetusnya slogan, “Kami Memahami, Kami Peduli.”

Selaras dengan kejayaannya mencapai 1.5 juta pelanggan dan 97%* Kepuasan Pelanggan, CUCKOO juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan sokongannya dan Pasukan Servis CUCKOO+ dalam menjadikan mereka jenama terkenal hari ini. Tonton video penghargaan di platform media sosial CUCKOO di https://fb.watch/ggjmSlnMyk/.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Pasukan Servis CUCKOO+, anda boleh menghubungi talian khidmat pelaggan CUCKOO, 1800-88-8181.

*Nota:97% pelanggan amat berpuas hati dengan Natural Care Service yang dijalankan oleh CUCKOO.

(Penilaian adalah berdasarkan servis yang dijalankan buat pengguna Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO)