2,053 kes baharu Covid-19, tiada kematian direkod

Sebanyak 2,053 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
Sebanyak 2,053 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,053 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini kekal sebanyak 36,444 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 27,378 kes, dengan 26,275 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,060 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 1,975 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,818,237 kes.

Artikel Berkaitan: