Program menembak kukuh hubungan SPRM, media

Kamaruddin (tengah) bergambar bersama petugas media yang menyertai pertandingan menembak anjuran SPRM.
Kamaruddin (tengah) bergambar bersama petugas media yang menyertai pertandingan menembak anjuran SPRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 50 pengamal media menyertai pertandingan menembak anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini, pada Sabtu.

Wartawan Sinar Harian yang terlibat dalam pertandingan itu terdiri daripada Mohamad Hisyamuddin Ayub, Md Faizul Haika Mat Khazi dari Meja Premium, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (Meja Am) dan Muhammad Afham Ramli (Meja Jenayah/Mahkamah).

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Kamaruddin M Ripin berkata, acara itu diadakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara agensi berkenaan dengan pihak media.

"SPRM menghargai pengamal media tempatan dalam mendidik dan menyebar luas mesej serta pendedahan antirasuah melalui laporan berita kepada masyarakat.

“SPRM amat menghargai kerjasama setiap petugas media dalam membantu kami (SPRM) mencegah aktiviti rasuah,” katanya ketika berucap pada program berkenaan pada Sabtu.

Turut hadir Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit.

Kamaruddin menerima cenderamata daripada Zulkifli yang hadir menyaksikan pertandingan menembak anjuran SPRM di Lapang Sasar Briged Tengah PGA Cheras, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Kamaruddin menerima cenderamata daripada Zulkifli yang hadir menyaksikan pertandingan menembak anjuran SPRM di Lapang Sasar Briged Tengah PGA Cheras, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Kamaruddin berkata, SPRM akan mengatur pelbagai program untuk memastikan kesedaran mengenai amalan salah laku rasuah untuk disebarkan kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, selain itu, ada pelbagai program akan diatur bersama pengamal media tempatan untuk memastikan aspirasi pencegahan rasuah dicapai sehingga ke pelusuk genap masyarakat.

“Sebelum ini, kita juga adakan Majlis Anugerah Media SPRM yang menobatkan karya-karya penulisan terbaik yang dilihat berjaya membantu SPRM dalam memerangi rasuah," katanya.