KPDNHEP jamin bekalan telur pulih bulan ini

Roziah (kiri) dan Hee Sam (dua dari kiri) melihat bekalan telur yang dijual sempena Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 di Pasaraya Mydin MITC, Ayer Keroh, pada Jumaat.
Roziah (kiri) dan Hee Sam (dua dari kiri) melihat bekalan telur yang dijual sempena Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 di Pasaraya Mydin MITC, Ayer Keroh, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan telur ayam di seluruh negara dalam bulan ini.

Timbalan Ketua Setiausahanya, Datuk Roziah Abudin berkata, kekurangan bekalan telur antara lima hingga 10 peratus di pasaran disebabkan beberapa faktor termasuk peningkatan kos makanan ternakan selain operasi di 21 ladang kecil telah ditutup.

Menurutnya, berdasarkan sesi konsultan dengan wakil-wakil syarikat pengeluaran telur, mereka memberi jaminan untuk meningkat dan menambahkan pengeluaran bagi menampung permintaan tinggi terhadap bekalan komoditi itu.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kerajaan untuk menghulurkan bantuan dari segi modal kepada syarikat-syarikat besar itu supaya mereka dapat meningkatkan kapasiti bekalan telur.

Jadi kita menjangkakan pengeluaran ini akan dapat dipulihkan semula dalam bulan ini.

"Kita juga sedang memantau berkaitan penggunaan bekalan telur oleh industri ataupun peniaga dan sebagainya," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita demikian pada Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 oleh Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem di Pasaraya Mydin MITC, Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat

Hadir sama, Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, dengan pembukaan ekonomi terutama industri pembuatan makanan seperti restoran dan penjaja, tidak mustahil penggunaan telur terus meningkat disebabkan bertambah permintaan kepada perniagaan mereka.

Dalam perkembangan lain, Roziah berkata, isu telur tercemar Salmonella Enteritidis yang ditarik balik kerajaan Singapura merupakan isu terpencil.

Jelas beliau, ini kerana telur tercemar yang dilaporkan hanya melibatkan ladang pengeluaran yang khusus mengeksport ke luar negara dan bukan untuk jualan tempatan.

Kata beliau, ia tidak sepatutnya berlarutan dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan isu telur tercemar berlaku di ladang-ladang lain.

"Kita ada langkah-langkah keselamatan bagi memastikan perkara itu tidak berlaku," katanya. Ends#