Nakhoda kapal asing mengaku salah halang tugas penjawat awam

Nakhoda kapal asing didenda RM5,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Rabu atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.
Nakhoda kapal asing didenda RM5,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Rabu atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.
A
A
A
KOTA TINGGI - Seorang nakhoda kapal warga Georgia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku salah atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Tertuduh, Tsetskhladze Alexander, 47, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis memaklumkan, lelaki itu yang bertugas sebagai nakhoda di atas MT SIMBA iaitu kapal tangki yang berdaftar di Kribi, gagal memberikan kerjasama ketika cuba diperiksa kapal ronda APMM yang menjalankan Op Jangkar Haram, pada 15 Oktober lalu.

No Image Caption

"Akibat kedegilan kapal tangki itu, ia memaksa Pasukan Tindakan Khas APMM diatur gerak dan menggunakan kaedah 'force boarding'.

"Hasil pemeriksaan mendapati MT SIMBA yang bersauh di kedudukan 24.8 batu nautika Tanjung Siang itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(L)Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tiada kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Laut Malaysia," ujar beliau.

Menurut APMM, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pada masa sama, APMM menasihatkan mana-mana syarikat perkapalan supaya sentiasa memastikan kapal-kapal di bawah seliaan mereka mematuhi undang-undang kerana APMM tidak akan berkompromi serta tindakan yang lebih tegas akan diambil.

Artikel Berkaitan: