Padah mencuri, dua rakan didenda RM5,000

Affendee (dua,kiri) dan Mohammad Nizam (tiga,kiri) ketika keluar dari Mahkamah Seksyen di sini, pada Rabu.
Affendee (dua,kiri) dan Mohammad Nizam (tiga,kiri) ketika keluar dari Mahkamah Seksyen di sini, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Dua rakan termasuk seorang pembantu kedai didenda RM5,000 oleh mahkamah sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mencuri pelbagai barang termasuk telefon bimbit serta wang tunai, dua tahun lalu.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Affendee Haron dan Mohammad Nizam Said masing-masing berusia 30 tahun selepas mereka menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pindaan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, mereka didakwa bersama-sama mencuri beg, telefon bimbit Redmi 9S, kad Hong Leong Bank, tiga kad Public Bank, kad Maybank dan wang tunai RM650 milik Lim Sian Yik, 40, di Jalan Bukit Serindit, Taman Bukit Serindit di sini, kira-kira jam 6.15 petang pada 10 Februari 2021.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman dipenjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.