Pengurus kanan disyaki terima rasuah RM72,000 ditahan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pengurus kanan syarikat pembinaan dan penyelenggaraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah RM72,000 bagi membantu proses pinjaman daripada sebuah agensi kerajaan berjumlah RM5 juta.

Suspek berusia 53 tahun itu dipercayai menerima rasuah tersebut daripada seorang pengarah urusan sebuah syarikat lain untuk membantu proses kelulusan permohonan tersebut.

Syarikat pembinaan dan penyelenggaraan tempat suspek berkhidmat itu merupakan anak syarikat kepada agensi kerajaan tersebut.

"Beliau ditahan jam 6 petang semalam (Selasa) di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi membantu siasatan kes berkenaan," kata sumber.

Pengarah SPRM Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai keterangan diambil.

Artikel Berkaitan: