6 maut jet pengebom rempuh apartmen di Rusia

Sebuah jet pejuang Rusia merempuh bangunan apartmen di selatan negara itu pada Isnin. - Foto AP
Sebuah jet pejuang Rusia merempuh bangunan apartmen di selatan negara itu pada Isnin. - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - Enam orang maut selepas sebuah jet pengebom Su-34 milik tentera Rusia terhempas di bangunan apartment di Yeysk selatan negara itu pada Isnin.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, nahas berlaku selepas salah satu enjinnya terbakar dalam kejadian yang menyebabkan 25 orang terpaksa dirawat di hospital.

Bagaimanapun, juruterbangnya selamat selepas dia berjaya keluar dengan menggunakan kerusi anjal dari jet itu.

Pada 17 Oktober 2022, sebuah pesawat Su-34 terhempas semasa semasa penerbangan latihannya dari lapangan terbang tentera di daerah selatan.

"Pesawat itu terhempas di dalam sempadan bandar Yeysk," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, jet pengebom itu merempuh halaman sebuah bangunan kediaman.

"Bahan api pesawat itu terbakar selepas Su-34 terhempas ke halaman bangunan kediaman," tambah kenyataan kementerian itu.

Pegawai tempatan memberitahu Menteri Kecemasan Rusia, Alexander Kurenkov bahawa enam orang telah meninggal dunia dan enam lagi hilang, kata agensi berita TASS.

Artikel Berkaitan:

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkannya supaya pergi ke tempat kejadian sejurus selepas kemalangan itu.

Sebahagian besar bangunan sembilan tingkat itu terbakar selepas nahas manakala pihak berkuasa tempatan kemudian berkata kebakaran telah berjaya dipadamkan.

Dalam pada itu, menurut Menteri Perlindungan Awam dan Situasi Kecemasan wilayah, Sergey Shtrikov, seramai 25 orang cedera dalam nahas itu.

Menurutnya, seramai 363 orang telah dipindahkan manakaka 556 orang lagi termasuk 76 kanak-kanak hidup di bangunan kediaman yang rosak.

Sekurang-kurangnya 17 unit apament rosak dalam nahas itu. - Agensi