Lawan BN sukar berkongsi kuasa: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perkongsian kuasa yang dibincangkan oleh musuh parti itu selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai meragukan.

Malah bekas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa, lawan BN itu pernah terbukti sukar berkongsi kuasa ekoran berebut jawatan hingga mengakibatkan ketidakstabilan negara.

“Lawan BN mahu berbincang semula sesama mereka untuk berkongsi kuasa selepas PRU15. Mereka mahu kongsi kuasa bentuk kerajaan dan selepas jadi kerajaan kembali berebut kuasa.

“Selepas PRU14 mereka pernah mendakwa berkongsi kuasa, tetapi ketamakan yang Malaysia saksikan, berebut jawatan Perdana Menteri selepas dua tahun hingga menyusahkan rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, tindakan tersebut perlu diatasi bagi mengelakkan negara berdepan semula ketidakstabilan hingga mengakibatkan kemakmuran dan kesejahteraan terhakis.

"Lawan BN bercadang untuk berkongsi kuasa semula menjadi sebab penting untuk rakyat menyokong BN.

"Insya-ALLAH, BN kembali kerajaan dominan, tiada ruang mereka berkongsi kuasa untuk merosakkan negara lagi.

"Ini (perkongsian kuasa) sesuatu yang harus dielakkan kerana Malaysia perlu bangkit segera demi masa depannya kembali gemilang," katanya.

Artikel Berkaitan: