Industri jualan langsung catat peningkatan

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Industri jualan langsung di negara ini berjaya mencatatkan peningkatan satu anak tangga dengan kedudukan nombor enam ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, kedudukan itu memperlihatkan bahawa industri jualan langsung merupakan satu bidang tumpuan yang berupaya menyumbang dalam mengukuh ekonomi negara.

Menurut beliau, Malaysia turut menunjukkan angka positif pada kedudukan keempat bagi rantau Asia pada tahun lalu seperti mana laporan dikeluarkan World Federation of Direct Selling Association (WFDSA) 2021.

Katanya, nilai jualan industri itu merekodkan sebanyak RM25.7 bilion bagi tahun 2020 meningkat 19.53 peratus dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM21.5 bilion.

"Kepentingan industri ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan, menjana pendapatan termasuk pendapatan tambahan serta peluang perniagaan kepada masyarakat," kata beliau.

No Image Caption

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia Peringkat Negeri 2022 di Banda Hilir di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sam, dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tambah beliau, setakat Oktober lalu sebanyak 398 lesen jualan langsung telah diluluskan dan masih sah untuk syarikat-syarikat menjalankan operasi perniagaan.

"Daripada jumlah itu enam merupakan syarikat berdaftar di Melaka.

"Industri jualan langsung ini telah menyumbang dengan ketara kepada pembangunan kemahiran, pertubuhan ekonomi, pertubuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemerkasaan," kata beliau lagi.

Sebanyak 22 syarikat jualan langsung berdaftar menyertai program selama tiga hari itu yang bermula Jumaat.

Ambil tindakan syarikat langgar Akta Jualan Langsung

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap syarikat yang melanggar Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 (Akta 500).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dalam tempoh antara 2020 hingga 2022 September lalu sebanyak 34 syarikat telah dibatalkan lesen dengan jumlah 26 kes rampasan.

Menurutnya, kesemua rampasan itu membabitkan nilai sebanyak RM4.2 juta manakala kompaun yang dicatatkan berjumlah RM71,000 dan denda RM148,000 telah dikenakan kepada mereka terlibat.

"Antara kesalahan dilakukan termasuk melanggar syarat lesen, beroperasi di luar waktu serta tidak mempamerkan kad identiti sewaktu menjalankan perniagaan berkenaan," kata beliau.

No Image Caption

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2022 di Banda Hilir di sini, pada sabtu.

Jelas beliau, banyak pihak menganggap industri jualan langsung mempromosikan perniagaan berasaskan skim piramid atau skim cepat kaya.

Namun ujar beliau, perniagaan itu terbukti mampu menjadi sumber menjana pendapatan melalui syarikat pemegang jualan langsung yang sah selain menyediakan peluang pekerjaan.