Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini

Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan memaklumkan, kutipan tol itu melibatkan jajaran fasa satu iaitu dari persimpangan Cheras-Kajang hingga persimpangan Bukit Antarabangsa yang telah dibuka kepada pengguna sejak 16 September lepas.

Bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar tol mengikut kelas kenderaan iaitu RM2.30 bagi kereta, lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20) dan bas (RM2.30).

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya dengan menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

"Bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: