UMNO Perak tubuh Briged Sukarelawan Banjir

Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama
A
A
A

IPOH - UMNO Perak menubuhkan pasukan Briged Sukarelawan Banjir sebagai langkah persediaan menggerakkan misi bantuan menghadapi kemungkinan berlakunya bencana banjir.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pasukan tersebut akan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Ariff Majid.

"Sebagai langkah kesiapsiagaan, pasukan tersebut telah diarahkan supaya mengatur penempatan aset dan sukarelawan misi bantuan untuk bersiap sedia turun ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

"Pasukan itu juga ditugaskan untuk membantu melicinkan tugas pasukan operasi menyelamat termasuk memindahkan mangsa banjir yang terkandas serta menghantar bantuan makanan dan minuman di lokasi terjejas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, pasukan sukarelawan itu akan ditugaskan membantu membersihkan kawasan rumah, sekolah dan bangunan awam yang terjejas selain menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir.

Artikel Berkaitan: