Mualaf tabah hadapi dugaan

Suresan menghidap penyakit kencing manis kronik sehingga kaki kanannya dipotong dan terjejas penglihatan.
Suresan menghidap penyakit kencing manis kronik sehingga kaki kanannya dipotong dan terjejas penglihatan.
A
A
A

PETALING JAYA - Walaupun pelbagai dugaan dihadapi, namun tidak mematahkan semangat seorang mualaf untuk meneruskan hidup.

Kisah mualaf yang mahu dikenali sebagai Suresan itu dimuat naik dalam Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut hantaran tersebut, Suresan memeluk agama Islam pada 2021.

Suresan mula menetap di Pusat Jagaan Jivi di sini sejak tahun 2020 akibat kehilangan punca pendapatan dan menghidap sakit kencing manis kronik sehingga kaki kanannya dipotong.

Lebih memilukan, penglihatan matanya turut terjejas akibat penyakit dihidapi.

"Suresan juga mengalami masalah keluarga sejak lima tahun lalu, yang mana dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isteri dan dua orang anaknya.

"Pelbagai dugaan ditempuhinya, tapi dia tetap harungi dengan tabah, tidak patah semangat untuk teruskan kehidupan," menurut hantaran itu pada Rabu.

Pihak LZS (tengah) menziarah Suresan (kanan) di Pusat Jagaan Jivi, di sini.
Pihak LZS (tengah) menziarah Suresan (kanan) di Pusat Jagaan Jivi, di sini.

Namun di sebalik semua cabaran hidup yang Suresan lalui, hatinya tertarik untuk memeluk Islam di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada tahun lalu demi membuka lembaran hidup baharu.

Mualaf tersebut memaklumkan kepada LZS bahawa dia sangat tertarik dengan medium zakat yang dapat membantu orang-orang susah dan agama lain juga perlu ada sistem seumpananya.

"Bayaran kos pusat jagaan Suresan ini ditanggung oleh LZS sebanyak RM1,600 sebulan dan akan diteruskan.

Artikel Berkaitan:

"Semoga Suresan diberkati hidupnya oleh ALLAH SWT dan diberikan kesihatan yang baik," katanya.