Pemantauan tegas agensi terlibat pengambilan pekerja asing

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemantauan lebih tegas perlu dilakukan oleh pihak berwajib khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap agensi kerajaan yang terlibat dengan kemasukan atau permohonan pekerja asing di negara ini.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad berkata, ia bagi mengelakkan wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam urusan tersebut.

“Kerajaan menerusi agensi-agensi sedia ada juga boleh mempertingkat kawalan dan penjagaan di kawasan sempadan bagi memastikan tiada aktiviti penyeludupan warga asing berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang melarang campur tangan pihak ketiga dalam sebarang urusan permohonan pekerja asing di negara ini.

KSM dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu menjelaskan bahawa campur tangan pihak ketiga hanya akan merumitkan proses permohonan serta terdedah kepada salah laku seperti rasuah.

Mohd Syahiran berkata, masyarakat juga perlu diberi pendedahan lebih lanjut mengenai pengambilan pekerja warga asing.

“Isu ini harus diberi pendedahan supaya mereka tahu contohnya bagaimana hendak ambil pembantu rumah melalui saluran yang betul agar tidak berlaku kesilapan dalam pengurusannya,” tambah beliau.

Artikel Berkaitan: