Sila log masuk terlebih dahulu.

Harap pihak berwajib bantu tangani masalah batu nisan ‘hilang’

29 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 29 APRIL 2023

Penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, Pandan Johor Bahru berharap pihak berwajib dapat membantu menangani masalah ‘kehilangan’ batu nisan di tanah perkuburan berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Difahamkan, masalah kehilangan batu nisan di situ, sudah pun berlaku sejak Januari lalu, namun sehingga kini sebanyak 11 batu nisan telah ‘hilang’ atau dicuri pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Sinar Harian ke tanah perkuburan berkenaan mendapati beberapa tanah kubur di situ sudah tidak lagi ‘bertanda’ akibat kehilangan batu nisan berkenaan.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/DHUg

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian