Pahang iktiraf khidmat komunikasi sebagai utiliti awam

Mohammad Fakhruddin berucap pada sesi pergulungan perbahasan di persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang pada Rabu.
Mohammad Fakhruddin berucap pada sesi pergulungan perbahasan di persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju untuk mengiktiraf perkhidmatan komunikasi sebagai utiliti awam ketiga selepas air dan elektrik sekali gus menjadi penyesuaian penting kepada era digital.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, perkara itu telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 3 November tahun lalu.

Menurutnya, pemakaian syarat penyediaan infrastruktur komunikasi dalam kebenaran merancang berkuatkuasa dari 10 Mei tahun lalu.

"Kerajaan Pahang juga bersetuju untuk memberi hak konsesi kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) untuk perolehan tanah bagi kegunaan tapak pembinaan menara komunikasi baharu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 9 Februari tahun lalu.

"Pelaksanaan ini dibuat kerana kita (kerajaan Pahang) sentiasa memainkan peranan penting dalam usaha tambah baik perkhidmatan komunikasi dengan memperkenalkan polisi dan pendekatan baharu bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur komunikasi dapat dilaksanakan dengan lebih lancar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pergulungan perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Menyentuh mengenai pencapaian di dalam bahagian komunikasi bagi projek pembinaan menara telekomunikasi baharu sejak lima tahun lalu, Mohammad Fakhruddin memaklumkan, sebanyak 392 menara telah dibina di negeri ini.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 150 menara telah siap beroperasi manakala 242 masih dalam pembinaan di bawah projek Jalinan Digital Negara 2020 dan dijangka siap

Artikel Berkaitan:

berperingkat sehingga pertengahan tahun 2023.

Beliau menambah, bagi projek penaiktarafan, sebanyak 902 stesen pemancar sedia ada di seluruh Pahang telah pun selesai sepenuhnya dinaiktaraf ke rangkaian 4G.

"Bagi projek penaiktarafan rangkaian jalur lebar tetap, sehingga kini sebanyak 88,144 premis telah selesai dinaik taraf manakala baki 30,116 premis sedang

dalam peringkat perlaksanaan dan akan selesai dinaik taraf pada penghujung tahun ini.

"Projek internet jalur lebar teknologi satelit pula, membabitkan kesemua 69 Kampung Orang Asli (KOA) telah selesai sepenuhnya dipasang teknologi satelit pada bulan April lalu," jelas beliau lagi.