Usaha jadikan Lipis sebagai UNESCO Global Geopark

Mohd Sharkar
Mohd Sharkar
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang sudah merangka beberapa langkah awal dalam usaha menjadikan daerah Lipis sebagai Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan daerah Lipis perlu terlebih dahulu mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Geopark Kebangsaan sebelum mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark.

Menurutnya, antara langkah diambil termasuk cadangan pembangunan Lipis Geopark di dalam Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2020.

"Ia meliputi beberapa cadangan projek berimpak tinggi telah digariskan di dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050.

"Perancangan dan cadangan projek infrastruktur ini merupakan sebahagian komponen penting dalam pembangunan Lipis Geopark," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Selasa.

Mohd Sharkar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mustafa Long (BN-Padang Tengku) yang ingin tahu mengenai perancangan Kerajaan Pahang ke arah merealisasikan daerah Lipis dinobatkan sebagai UNESCO Global Geopark.

Menjawab lanjut, beliau menjelaskan, kerajaan Pahang melalui Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dan semua pemegang taruh yang berkaitan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Lipis Geopark.

Katanya, jawatankuasa ini berfungsi sebagai penggerak kepada semua usaha pembangunan, penyelidikan, pemuliharaan, promosi dan penyediaan dokumen yang diperlukan bagi mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark.

Artikel Berkaitan: