Kehadiran luar jangka bukti masyarakat rindu al-Quran

Anhar Opir. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
Anhar Opir. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kehadiran peserta yang melebihi daripada jangkaan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 menunjukkan masyarakat Malaysia rindu kepada al-Quran.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, berkemungkinan masing-masing bimbang dan takut tidak ada tempat yang lebih baik untuk bergantung melainkan kepada ALLAH SWT.

“Salah satu ibadah itu adalah membaca al-Quran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Kita-kira 8,000 peserta My #QuranTime diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang.

Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.

Ribuan peserta yang hadir pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya berlangsung pada Sabtu. - - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Ribuan peserta yang hadir pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya berlangsung pada Sabtu. - - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.

Program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Anhar yang merupakan salah seorang daripada pentadabbur turut memuji Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 sambil menyifatkannya ia sebuah program yang sangat baik selain mengajak masyarakat supaya sentiasa membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

Beliau juga mengharapkan program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, seorang lagi pentadabbur, Fazrul Fahmee Ismail pula melahirkan rasa syukur kerana program seperti ini memberi peluang untuk orang ramai bersama-sama mengucapkan pujian kepada ALLAH SWT.

Peserta mengaminkan doa pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Peserta mengaminkan doa pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

“Menemukan pelbagai lapisan masyarakat atas dasar al-Quran dan ia adalah kurniaan ALLAH yang amat besar.

“Saya harapkan ia bukan sekadar penghujung di sini tetapi terus menyokong, menyumbang dan mendoakan kerana ini adalah bukti kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW,” katanya.