Maksud saya laporan kewangan, bukan audit: Mat Sabu

Mohamad Sabu - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Mohamad Sabu - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menjelaskan kekeliruan mengenai kenyataan beliau pada kempen PRK DUN Rantau di Kampung Mambau, Negeri Sembilan semalam.

Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, maksud kenyataannya dalam ceramah tersebut adalah berbeza seperti dilaporkan media.

"Merujuk kepada ceramah saya di Rantau, Negeri Sembilan malam tadi, ingin dijelaskan bahawa saya memaksudkan laporan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Bukannya laporan audit seperti dilaporkan media," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sementara itu, Mohamad turut memberitahu, pihak LTAT kini dalam proses menyediakan laporan kewangan yang dijangka keluar pada tempoh terdekat. Semalam beliau mendakwa, laporan audit yang diisytihar ke atas LTAT pada 2018 adalah pembohongan kerana tidak menunjukkan rekod kewangan secara telus.

ARTIKEL BERKAITAN: Audit LTAT, Najib bidas Mat Sabu

Artikel Berkaitan: