Kurang murid tak halang SK Chopin lahir generasi kreatif

Hamzah (kanan) ketika menerima Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari 2021/2022 kategori Sekolah Rendah Luar Bandar di Hotel Concorde Shah Alam pada Rabu.
Hamzah (kanan) ketika menerima Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari 2021/2022 kategori Sekolah Rendah Luar Bandar di Hotel Concorde Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Biarpun tidak mempunyai jumlah murid yang ramai, namun ia bukan penghalang kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Chopin, Perak dalam melahirkan generasi yang berinovasi dan kreatif.

Guru besarnya, Hamzah Zakaria berkata, sekolah itu hanya mempunyai 44 murid dan 11 orang guru.

"Walaupun kita hadapi kekurangan jumlah murid dan guru, tetapi ia tidak halang sekolah ini untuk melakar kejayaan.

"Saya telah tubuhkan satu pasukan untuk terlibat dalam mereka cipta inovasi berkaitan teknologi dan Alhamdulillah kita berjaya menerima pelbagai anugerah di pelbagai peringkat.

"Status sekolah luar bandar bukan penghalang kepada SK Chopin untuk terus mara bersesuaian dengan slogan iaitu 'Innovate, Improve, Inspire," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari 2021/2022 (ASSSB) di Hotel Concorde Shah Alam di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, SK Chopin, Perak memenangi ASSSB dalam kategori Sekolah Rendah Luar Bandar anjuran bahagian pendidikan Sinar Harian, Sinar Bestari.

Hamzah berkata, guru-guru dari pelbagai bidang juga memainkan peranan penting dalam memberi pengaruh positif terhadap murid.

"Murid dilatih dalam pelbagai kemahiran termasuklah memupuk minat dan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat agar sentiasa relevan dalam situasi semasa serta memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diajar oleh guru berpengalaman," katanya.

Artikel Berkaitan: