WTC KL sekali lagi jadi tumpuan

Pemimpin dan ahli parti UMNO mula memenuhi ruang di WTC KL pada Selasa.
Pemimpin dan ahli parti UMNO mula memenuhi ruang di WTC KL pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sekali lagi menjadi tumpuan susulan Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

Perjumpaan khas itu juga turut melibatkan semua ketua bahagian, ketua wanita, pergerakan pemuda dan puteri parti itu.

Mesyuarat itu dipercayai akan membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antara pemimpin terawal yang dilihat hadir adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jumaat lalu, turut berlangsung Mesyuarat Biro Politik UMNO membabitkan ‘Top 5’ parti itu.

Artikel Berkaitan: