Tarikh PRU bila-bila masa daripada sekarang: Bung Moktar

Bung Moktar
Bung Moktar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bila-bila masa daripada sekarang.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkara berkenaan antara intipati yang dibincangkan dalam perjumpaan khas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Selasa.

“Kita bincang pasal pilihan raya (cuma) tarikh belum ditetapkan tetapi (apa yang pasti) pilihan raya sudah dekat.

“(Perdana Menteri) tidak ada sebut (tarikh) tetapi dinyatakan (bahawa) tarikh pilihan raya bila-bila masa daripada sekarang,” katanya ketika ditemui sebaik selesai perjumpaan.

Ditanya sama ada Ismail Sabri ada memaklumkan tarikh beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berkata, perkara itu tidak dimaklumkan di dalam perjumpaan berkenaan.

“Tidak dimaklumkan tarikh tetapi ia bila-bila masa,” katanya.

Pada Selasa, WTC KL sekali lagi menjadi tumpuan susulan Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri Yaakob.

Perjumpaan khas yang berlangsung kira-kira sejam itu juga turut melibatkan semua ketua bahagian, ketua wanita, pergerakan pemuda dan puteri parti itu.

Artikel Berkaitan:

Mesyuarat itu dipercayai akan membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan PRU-15.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!