Peniaga harap bantuan, insentif khas

Nasaruddin berharap Bajet 2023 turut memperuntukkan bantuan atau insentif khas kepada peniaga kecil sekali gus dapat memberi kelegaan kepada mereka untuk meneruskan perniagaan.
Nasaruddin berharap Bajet 2023 turut memperuntukkan bantuan atau insentif khas kepada peniaga kecil sekali gus dapat memberi kelegaan kepada mereka untuk meneruskan perniagaan.
A
A
A

SEREMBAN - Menjelang pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini, rata-rata peniaga berharap kerajaan dapat memberikan bantuan atau insentif khas kepada peniaga-peniaga kecil untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan mereka.

Peniaga buah-buahan, Nasaruddin Hassan, 56, berkata, sejak negara dilanda pandemik Covid-19, ia memberi kesan terhadap pendapatan sedia ada.

“Kita berusaha keras untuk terus menapak dalam perniagaan. Dengan pelbagai kenaikan harga barang, bantuan serta insentif yang kerajaan sediakan dalam bajet kali ini sememangnya amat ditunggu-tunggu.

“Setidak-tidaknya dapat memberi sedikit kelegaan kepada kami terutamanya peniaga kecil,” katanya kepada Sinar Harian.Peniaga dalam talian, Muhammad Khalish Zackariah, 32, juga mengharapkan akan ada insentif tambahan atau suntikan modal dalam Bajet 2023 kepada peniaga kecil termasuk peniaga dalam talian.

“Ini disebabkan oleh kesan pandemik Covid-19, dan yang terbaru akibat kenaikan kadar inflasi negara yang turut menjadi beban kepada kami sebagai peniaga atas talian dan peniaga kecil,” ujarnya.

Peniaga, Ainun Mohd Nor, 56, juga bersetuju agar kerajaan dapat memberi bantuan dan insentif khas kepada peniaga kecil menerusi Bajet 2023.

“Ia sekali gus dapat membantu memulihkan semula kehidupan terutama golongan peniaga kecil yang terjejas untuk bangkit semula kesan daripada pandemik Covid-19.

“Ini kerana dalam kalangan mereka ini ada yang terpaksa gulung tikar sebelum ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: