Ambil tindakan lebih tegas jika masih jual arak

NILAI - Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengambil tindakan lebih tegas jika kedai serbaneka di kawasan Nilai Perdana di sini masih meneruskan penjualan minuman keras.
NGO berkenaan iaitu Ikatan Muslim Malaysia (Isma) cawangan Nilai, Persatuan Penduduk Taman Nilai Perdana (PNP), Persatuan Penduduk Taman Nilai Perdana (SERUNI) dan Pusat Komuniti Anjung Hikmah.
Selain itu, Surau Al-Ikhlas Nilai Perdana, Surau Al Azim Blok J dan Surau Apartment Nilai Perdana.
Pengerusi Surau Al-Ikhlas Nilai Perdana, Rosli Derus berkata, mereka tidak boleh berkompromi lagi dengan penjualan minuman keras kerana ia boleh memberi kesan buruk.