Ular sawa 20kg telan kucing dalam sangkar

Ular sawa seberat 20 kilogram itu ditangkap di dalam sangkar yang menempatkan kucing.
Ular sawa seberat 20 kilogram itu ditangkap di dalam sangkar yang menempatkan kucing.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seekor ular sawa sepanjang 1.5 meter berjaya ditangkap selepas menelan seekor kucing di sebuah rumah di Taman Damai Jaya di sini, pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Faisal Ismail berkata, ular sawa seberat 20 kilogram itu ditangkap di dalam sangkar yang menempatkan kucing.

Katanya, sembilan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 7.04 pagi,

Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat seekor ular sawa berukuran 1.5 meter di dalam sangkar kucing di rumah pemanggil.

"Anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut dengan menggunakan alat penjerut dan dilepaskan di kawasan yang jauh dari kawasan penempatan orang awam," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: