Robot Elon Musk tidak sehebat saingannya?

Musk (kanan) memperkenalkan robot Optimus (kiri) pada satu majlis di Silicon Valley baru-baru ini. - Foto AFP
Musk (kanan) memperkenalkan robot Optimus (kiri) pada satu majlis di Silicon Valley baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Para pengguna media sosial membandingkan robot humanoid yang dikeluarkan oleh syarikat Tesla di Silicon Valley, California baru-baru ini.

Pemilik bersama syarikat itu, Elon Musk yang merupakan individu paling kaya di dunia mempamerkan robot itu pada satu majlis di Silicon Valley pada Jumaat lalu.

Robot itu yang diberi nama Optimus berjalan keluar perlahan-lahan, melambai dan memeriksa tangan lima jarinya yang ganjil pada majlis tersebut.

Seorang pengguna Twitter kemudian memberikan ulasan tentang robot itu.

“Nenek saya bergerak lebih pantas,” ciap seorang pengguna Twitter, Gustavo Fernandez.

Seorang lagi pengguna media sosial itu turut membandingkan Optimus dengan robot Atlas, yang dibina oleh Boston Dynamics.

"Sejujurnya, Boston Dynamics mesti berada dalam keadaan histeria sekarang," ciap James Bareham di Twitter.

Robot Atlas boleh melakukan lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh Optimus.

Artikel Berkaitan:

Tesla telah mencipta robot itu dalam tempoh beberapa bulan berbanding Atlas yang mengambil masa beberapa dekad lalu.

Musk bagaimanapun menyatakan Optimus boleh melakukan tugas yang rumit dan akan dijual kepada orang ramai dalam masa tiga hingga lima tahun dengan harga kira-kira AS$20,000 (RM92,740). - Agensi