Syria Care mula kumpul pakaian musim sejuk untuk pelarian

Antara sukarelawan yang menguruskan sumbangan pakaian musim sejuk terpakai yang dihantar di pusat pengumpulan di Laman 83, Bukit Jelutong, di sini, pada Ahad.
Antara sukarelawan yang menguruskan sumbangan pakaian musim sejuk terpakai yang dihantar di pusat pengumpulan di Laman 83, Bukit Jelutong, di sini, pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Syria Care memulakan pelaksanaan projek pengumpulan pakaian musim sejuk terpakai daripada orang ramai pada Ahad bagi membantu pelarian Syria menghadapi musim sejuk.

Ketua Pegawai Strategik Syria Care, Nurdieana Mohd Mardzi berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 (BMS10.0) yang dilancarkan pada September lalu.

Katanya, projek pengumpulan pakaian yang juga dikenali sebagai 'Warm Their Winter’ itu dimulakan pada Ahad di Laman 83, Bukit Jelutong, di sini dan akan berlangsung sehingga 8 Oktober ini.

Bagi Zon selatan pula, beliau berkata ia akan diadakan pada 17 sehingga 24 Oktober 2022 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Pagoh, Johor.

“Jadi kita mengharapkan agar ramai orang bersama-sama menyumbang pakaian musim sejuk yang masih elok dan hantar kepada kita untuk diuruskan sebagai sumbangan kepada saudara kita di Syria.

“Antara contoh pakaian musim sejuk yang boleh diberikan adalah baju sejuk, sarung tangan, stoking, ‘snowcap’ dan ‘boot’,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, pada Ahad.

Sukarelawan menyusun kotak mengandungi sumbangan pakaian musim sejuk terpakai yang dihantar di pusat pengumpulan di Laman 83, Bukit Jelutong, di sini, pada Ahad.
Sukarelawan menyusun kotak mengandungi sumbangan pakaian musim sejuk terpakai yang dihantar di pusat pengumpulan di Laman 83, Bukit Jelutong, di sini, pada Ahad.

Nurdieana berkata, operasi pengumpulan di pusat terbabit akan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 4.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hab pengumpulan pakaian terpakai itu juga dibuka di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang iaitu di pejabat urusan Yayasan EZ Prihatin, Batu Caves, Selangor dan Sasuke Outlet cawangan Danau Kota di Bangi dan Kajang, Selangor.

Nurdieana berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 460 buah kotak pakaian terpakai di kedua-dua pusat pengumpulan utama tersebut bagi membolehkan ia memenuhi dua muatan kontena yang dirancang dihantar ke Syria.

Pada masa sama, beliau berkata, pelaksanaan projek tersebut juga membabitkan usaha mengumpulkan dana sebanyak RM114,000 bagi menaja kos dua kontena yang akan digunakan dalam misi bantuan tersebut.

Nurdieana berkata, sebarang maklumat lanjut berkenaan sumbangan pakaian terpakai dan dana di bawah projek berkenaan boleh didapati melalui talian hotline ‘Warm Their Winter’ di talian 011-1136 2567 (Zana), 013-971 5901 (Fayyadh) dan 011-3703 0900 (Nisa).

Orang ramai juga boleh layari laman sesawang www.syriacare.org.my/warmtheirwinter atau ikuti media sosial Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter dan Syria Care Media di YouTube dan TikTok untuk mendapat perkembangan terkini projek berkenaan.