Dr Mahathir terima kunjungan Duta Jordan

Dr Mahathir (kiri) menerima kunjungan Ismael di Yayasan Kepimpinan Perdana
Dr Mahathir (kiri) menerima kunjungan Ismael di Yayasan Kepimpinan Perdana
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Duta Jordan ke Malaysia, Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.

Dalam pertemuan itu, Ismael turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian isteri beliau, Allahyarham, Tun Dr Hasmah Mohd Ali baru-baru ini.

Menerusi hantaran Threads, Dr Mahathir berkata, Ismael turut berkongsi kepimpinan dan pendekatan pentadbirannya sering dijadikan model ketika beliau mempelajari bidang sains politik di Jordan.

Menurutnya, kunjungan itu menyentuh lawatan negara Raja Jordan, Raja Abdullah II ibn Al-Hussein ke Malaysia pada 11 hingga 12 Oktober 2026, iaitu lawatan pertama sejak 2009.

“Antara bidang kerjasama yang dipersetujui semasa lawatan itu ialah pendidikan, termasuk usaha meningkatkan pertukaran pelajar antara kedua-dua negara.

“Malaysia juga kekal sebagai destinasi pilihan pelajar pascasiswazah dari Jordan,” katanya pada Khamis.

Dr Mahathir berharap Ismael akan terus berusaha memperkukuh hubungan Malaysia-Jordan dan mengucapkan selamat maju jaya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!