Pesawat mendarat cemas kerana isu teknikal

Syarikat itu telah menguruskan pesawat baharu untuk membawa kesemua penumpang ke destinasi.
Syarikat itu telah menguruskan pesawat baharu untuk membawa kesemua penumpang ke destinasi.
A
A
A

TAIPEI - TAIWAN. Penerbangan Cathay Dragon dari Taiwan ke Hong Kong terpaksa mendarat cemas, hari ini selepas berdepan masalah isu teknikal tidak lama selepas ia berlepas.

Syarikat induknya, Cathay Pacific memaklumkan pesawat KA451 dari Kaohsiung ke Hong Kong itu berpatah balik dan selamat mendarat di bandar selatan Taiwan.

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan (CAA) memberitahu pendaratan cemas itu dibuat kerana masalah teknikal pada salah satu enjin dan ia menafikan laporan media bahawa pesawat itu telah melanggar burung.

Akhbar The Apple Daily memetik kenyataan pegawai penerbangan melaporkan enjin bahagian kanan pesawat itu mengeluarkan asap ketika ia berlepas dan penduduk berhampiran mendakwa mereka turut terdengar bunyi letupan. - AFP

Artikel Berkaitan: