Bubur terbakar, pesawat terpaksa mendarat cemas

Pesawat Aeroflot yang membawa 152 penumpang itu bertindak segera menghubungi kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Sochi dan berjaya mendarat semula kira-kira 10 minit kemudian. - Foto Agensi
Pesawat Aeroflot yang membawa 152 penumpang itu bertindak segera menghubungi kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Sochi dan berjaya mendarat semula kira-kira 10 minit kemudian. - Foto Agensi
A
A
A

SAINT PETERSBURG - Sebuah pesawat penerbangan Rusia terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Khamis tidak lama selepas ia berlepas kerana insiden bubur terbakar di dalam relau elektrik yang seterusnya merebak ke kabin utama.

Pesawat Aeroflot yang membawa 152 penumpang itu bertindak segera menghubungi kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Sochi dan berjaya mendarat semula kira-kira 10 minit kemudian.

Jurucakap syarikat penerbangan itu memaklumkan kebakaran itu berlaku kerana makanan tersebut tidak dibungkus mengikut standard ditetapkan.

"Relau yang terbakar telah digantikan dan pesawat itu turut dibersihkan untuk operasi seterusnya," ujarnya.

Kesemua penumpang yang menunggu selama lima jam bagaimanapun dibawa menaiki pesawat lain menuju ke Saint Petersburg.

Pada Rabu, sebuah pesawat dari Moscow ke bandar Novosibirk juga terpaksa mendarat cemas selepas seorang penumpang dilaporkan jatuh sakit secara tiba-tiba dan perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. - Agensi

Artikel Berkaitan: