Mayat budak hilang semasa mandi dijumpai terapung

Mayat Ahmad Aqil Fadlullah yang dijumpai terapung di bawa naik oleh anggota penyelamat dengan dibantu penduduk kampung yang berada di lokasi. (Gambar kecil: Ahmad Aqil Fadlullah)
Mayat Ahmad Aqil Fadlullah yang dijumpai terapung di bawa naik oleh anggota penyelamat dengan dibantu penduduk kampung yang berada di lokasi. (Gambar kecil: Ahmad Aqil Fadlullah)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Selepas operasi mencari lebih 24 jam, akhirnya mayat kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang hilang semasa mandi di Sungai Manir di sini kelmarin dijumpai terapung kira-kira jam 10.30 malam semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, Ahmad Aqil Fadlullah Ahmad Ruhaimi ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

"Operasi pada sebelah malam membabitkan pencarian di permukaan merangkumi jarak lebih dua kilometer sebelum mayat mangsa dikesan terapung berhampiran jeti.

"Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan hanya berseluar pendek," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Ahmad Aqil Fadlullah yang merupakan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Manir dikatakan tenggelam selepas terjun ke dalam sungai tersebut.

Bagaimanapun insiden itu hanya disedari selepas beberapa barangan mangsa termasuk pakaian ditemukan di tebing sungai selepas mangsa tidak pulang ke rumah sehingga waktu Maghrib.

Artikel Berkaitan: