Diuji anak kembar hidap cerebral palsy, suami sakit kronik

Pasangan suami isteri, Salina dan Samsul reda dengan ujian dihadapi mereka.
Pasangan suami isteri, Salina dan Samsul reda dengan ujian dihadapi mereka.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang suri rumah Taman Seri Pagi, Senawang, di sini tenang dan reda dengan ujian diterima apabila dua anak kembar lelaki menghidap cerebral palsy manakala suaminya pula mengalami masalah kesihatan kronik.

Salina Abu Bakar, 41, berkata, suaminya Samsul Kamarudin, 44, mempunyai asma kronik, darah tinggi dan kencing manis.

"Dia menghidap asma 20 tahun lalu namun mula bergantung kepada alat bantuan pernafasan pada tahun ini.

Suami bekerja sebagai pengawal keselamatan dan itu sahaja pekerjaan sesuai buatnya ketika ini memandangkan dia tidak boleh buat kerja terlalu berat.



"Selain itu, dia juga ada masalah batu karang dalam hempedu. Ada masa rasa mencucuk-cucuk dan sangat sakit tetapi pembedahan sangat berisiko dilakukan kerana dia ada masalah asma kronik," katanya," katanya ketika ditemui.

Jelasnya, Samsul pernah menjalani pembedahan pada Oktober 2020 disebabkan ada nanah di dalam perut.

"Keadaan itu memaksa saya keluar bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

"Syukur ketika itu, kakak dan jiran sudi membantu terutamanya menjaga anak kembar kami. Sekarang saya sangat risau jika suami sakit balik sebab semua perbelanjaan keluarga bergantung kepadanya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menceritakan tentang anak kembar lelakinya, Muhammad Saifullah Samsul dan Muhammad Saifuddin Samsul, 13, Salina berkata, mereka dikesan menghidap penyakit itu secara serentak sejak berusia satu tahun.

"Awalnya mereka hanya demam dan sawan sebelum didiagnos menghidap cerebral palsy, jadi mereka perlukan penjagaan dan perhatian penuh.

"Namun kami suami isteri reda dengan ujian ini kerana tahu mereka ini akan bantu kami 'di sana' nanti. Saya yakin ada ganjaran kerana ALLAH uji sebab kita mampu hadapinya.

"Alhamdulillah, anak-anak ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan, malah Baitulmal juga ada memberi bantuan susu dan lampin," katanya.

Dalam pada itu, Salina turut berharap ibu bapa yang senasib dengannya tidak mudah patah semangat selain sentiasa sabar dan berdoa supaya diberikan kekuatan untuk menempuh ujian itu.