Sila log masuk terlebih dahulu.

[VIDEO] Bakal jadi peristiwa besar

Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 secara fizikal akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini. Gambar kecil: Datuk Hussamuddin Yaacub
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 secara fizikal akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini. Gambar kecil: Datuk Hussamuddin Yaacub
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 bakal menjadi satu peristiwa besar apabila ia akan menyaksikan ribuan penonton setia program My#QuranTime berjaya menamatkan bacaan al-Quran bersama-sama.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sejak mula disiarkan pada tahun 2020 iaitu ketika permulaan pandemik Covid-19, program bacaan dan tadabbur al-Quran itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Sekarang kita dah tinggal tidak sampai satu juzuk sahaja lagi dan insya-Allah pada 8 Oktober ini, kita akan khatam.

“Jadi ini merupakan satu peristiwa besar di mana berpuluh-puluh ribu orang yang mengikuti dan bertadabbur bersama My#QuranTime akan dapat khatam bersama-sama. Jadi ini juga merupakan satu sejarah dalam televisyen,” katanya kepada Sinar Harian.

WUIF buat julung kalinya bakal mengadakan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 secara fizikal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini.

Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, WUIF sedang mempersiapkan usaha bagi memperkenalkan My#QuranTime musim kedua dengan pengajaran isi kandungan al-Quran lebih mendalam kepada penonton.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang sedang mempersiapkan studio baharu bagi membolehkan musim kedua program My#QuranTime itu menjadi lebih interaktif dan menarik.

“Kita nak ada lebih penyertaan semasa program itu dilangsungkan di dalam studio. Contohnya, peserta yang belajar tajwid atau ada sesi soal semasa sesi tadabbur,” katanya yang turut memaklumkan studio tersebut dibina melalui infaq diterima oleh WUIF.

Artikel Berkaitan: