Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik) dan Perak (Manjung dan Perak Tengah) serta Kemaman di Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuantan di Pahang, Hulu Langat di Selangor serta Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sarikei (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!