[VIDEO] Sanggup datang jauh semata beri sokongan pada Ahmad Zahid

Seawal 7.45 pagi penyokong Ahmad Zahid mula memenuhi di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai tanda solidariti kepada beliau bagi keputusan di akhir pendakwaan berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Seawal 7.45 pagi penyokong Ahmad Zahid mula memenuhi di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai tanda solidariti kepada beliau bagi keputusan di akhir pendakwaan berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).
A
A
A

SHAH ALAM - Seawal 7.45 pagi penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mula memenuhi di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai tanda solidariti kepada beliau bagi keputusan akhir pendakwaan berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Petugas media daripada pelbagai agensi turut dilihat berada di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi melaporkan keadaan terkini perbicaraan kes tersebut.

Kemudian dua bas membawa penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mula tiba di luar pekarangan mahkamah jam 8.15 pagi sebagai tanda sokongan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Difahamkan bas yang membawa 88 orang penyokong itu datang jauh dari Terengganu semata-mata hadir untuk memberi sokongan kepada Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung VLN.

Seorang penyokong, Mohd Nazari Ali Saleh, 60, berkata, dia bertolak jam 9 malam tadi menaiki bas dari Kuala Terengganu untuk hadir memberi sokongan kepada Ahmad Zahid.

Mohd Nazari
Mohd Nazari

"Ada dua bas membawa 44 penumpang dan kami semua dari Terengganu hadir untuk beri sokongan kepada Presiden UMNO.

"Kami sayangkan UMNO dan apa-apa pun keputusan pada hari ini, kami menerimanya dengan hati terbuka. Sokongan terhadap parti UMNO tidak akan pernah pudar dan selama-lamanya akan tetap menyokong UMNO," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi penyokong, Rosli Abd Razak, 63, berkata, dia memandu sendiri kereta dari Hulu Terengganu ke Shah Alam semata-mata untuk hadir sebagai tanda solidariti kepada Presiden UMNO tersebut.

Rosli
Rosli

"Saya bertolak jam 10 malam tadi dari Hulu Terengganu dan sampai di Shah Alam pada 3 pagi. Kemudian jam 8 pagi mula tiba di sini untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

"Sebagai ahli UMNO, kita sentiasa memberi sokongan apa yang termampu meskipun datang dari jauh dan korbankan masa dan mengeluarkan belanja sendiri untuk memberi sokongan moral terhadap pemimpin parti.

"Segala keputusan pada hari ini, kita terima dengan hati terbuka dan UMNO sentiasa disokong dan tetap dihati," jelasnya.

Sementara itu, Radiah Rashid, 64, penyokong yang berasal dari Sungai Buloh menjelaskan penyokong yang hadir pada hari ini tidak dibayar tetapi ikhlas memberi sokongan terhadap presiden parti itu.

Radiah
Radiah

"Kita mendoakan yang terbaik dan berharap Datuk Seri Ahmad Zahid diberikan ketabahan untuk hadapi ujian ini," ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di pekarangan mahkamah mendapati suasana berada dalam keadaan terkawal dan penyokong Ahmad Zahid setia menunggu keputusan di luar mahkamah dengan membawa kain rentang tertera ‘Solidariti 4 AZH’.

Hanya individu mempunyai urusan dengan mahkamah sahaja dibenarkan masuk selain media perlu mendapatkan pas masuk.

Seawal 7.45 pagi penyokong Ahmad Zahid mula memenuhi di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai tanda solidariti kepada beliau bagi keputusan di akhir pendakwaan berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Seawal 7.45 pagi penyokong Ahmad Zahid mula memenuhi di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai tanda solidariti kepada beliau bagi keputusan di akhir pendakwaan berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Ahmad Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya bekas timbalan perdana menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.