2,245 kes Covid-19 baharu, 12 kematian

52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi. - Foto 123rf
52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,245 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, 12 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan pada Khamis dengan tujuh daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di dalam negara kini kepada sebanyak 36,342 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula adalah sebanyak 25,659 kes, dengan 24,440 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,232 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Dalam pada itu, seramai 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 35 lagi memerlukan mesin ventilator.

Hanya seorang pesakit Covid-19 berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),

Kes sembuh direkodkan pada Khamis ialah 1,901 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,764,219 kes.

Artikel Berkaitan: