2,111 kes baharu Covid-19, 6 kematian

Kes baharu Covid-19 merekodkan peningkatan kepada 2,111 kes pada Rabu berbanding 1,667 kes yang dilaporkan hari sebelumnya. - Gambar hiasan
Kes baharu Covid-19 merekodkan peningkatan kepada 2,111 kes pada Rabu berbanding 1,667 kes yang dilaporkan hari sebelumnya. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kes baharu Covid-19 merekodkan peningkatan kepada 2,111 kes pada Rabu berbanding 1,667 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Ia menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negara ini berjumlah 4,823,975 membabitkan 4,785,800 penularan tempatan dan 38,175 penularan import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak enam kes kematian turut dicatatkan dengan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).

Empat kes kematian itu termasuk satu kes BID direkodkan di Perak sementara dua kes berlaku di Selangor.

Kes aktif Covid-19 dalam negara kini berjumlah 25,327 dengan 24,169 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,101 kes dirawat di hospital dengan 57 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seramai 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: