Pemimpin peroleh kuasa melalui sogokan belum tentu setia

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika berucap melancarkan buku bertajuk 'Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika' di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika berucap melancarkan buku bertajuk 'Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika' di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin yang memperoleh kuasa melalui sogokan belum tentu akan setia dengan individu yang dirasuah, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah, sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa.

"Ketika itu boleh dilihat betapa kata tidak lagi dikotakan, malah begitu cepat bertukar nada, berlainan irama serta bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.

"Sedarilah! Sumber kuasa yang diperoleh melalui sogokan belum terjamin datang bersama kesetiaan," titah baginda ketika berucap melancarkan buku bertajuk 'Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika' di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Sultan Nazrin bertitah, watak sebenar insan akan terpamer apabila telah memiliki kekayaan dan harta.

Titahnya, kekayaan dan harta berkenaan melenyapkan budaya kesederhanaan dan merendah diri serta menjelmakan sifat sombong dan gelagat bongkak.

"Ada manusia yang sanggup bersekongkol dan bersubahat melakukan kemungkaran serta tergamak berbohong kerana lupa bahawa punca rezeki, kuasa, pangkat dan jawatan datangnya daripada ALLAH.



"Rezeki, kuasa, pangkat dan jawatan sebenarnya ialah anugerah dan ujian daripada Ilahi,'' titah baginda lagi.

Artikel Berkaitan: