Tuntutan palsu: Pengurus kanan, pemilik syarikat ditahan

Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bagi sebuah program latihan pada 2016 hingga 2020.
Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bagi sebuah program latihan pada 2016 hingga 2020.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua lelaki disyaki terlibat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan dua buah syarikat bagi program latihan berkaitan teknologi digital ditahan pada Rabu.

Menurut sumber, siasatan dijalankan berhubung tuntutan dua syarikat terbabit bernilai RM19 juta dan RM7 juta bagi menjalankan program latihan berkenaan dari tahun 2016 sehingga 2020.

"Kedua-dua suspek yang merupakan bekas pengurus kanan sebuah agensi kerajaan dan pemilik syarikat berkaitan digital tersebut ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar jam 7.30 malam, Rabu ketika hadir memberi keterangan.

"Dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an terbabit direman dua hari bermula Khamis sehingga 23 September selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret pagi tadi," menurut sumber berkenaan pada Khamis.

Pada Rabu, media tempatan melaporkan, seramai lima individu direman tiga hari untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan program latihan digital berkenaan.

Kelima-lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 37 hingga 50 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 malam ketika hadir memberi keterangan pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: